mutakhir

Penganggur ditahan bersama 10 peket ganja

Oleh HM Digital

Kajang: Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan bersama 10 peket ganja di Seksyen 15, Bandar Baru Bangi di sini, jam 10 malam Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang juga penganggur mengedar ganja sejak tiga bulan lalu.

“Suspek yang positif dadah jenis amphetamine direman hingga 28 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, semalam.

Dalam serbuan berasingan, pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun di Cheras Perdana bersama 17 peket ganja seberat 348 gram bernilai RM900.

“Suspek ditahan jam 11 malam. Ganja itu untuk edaran sekitar Cheras dan beberapa lokasi di Selangor.

“Suspek direman hingga 28 Oktober ini,” katanya.

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 6:01am
d