mutakhir

Sita skim auta

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Nilai: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor merampas sebanyak 14 mesin layan diri (vending machine) dan 21 mesin kios Internet tanpa wayar (WiFi) milik sebuah syarikat jualan langsung selepas dipercayai terbabit dalam penipuan pada 19 Oktober lalu.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 12.30 tengah hari di sebuah premis di Rawang, Selangor selepas menerima laporan menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp termasuk tiga aduan rasmi.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya Azman Adam berkata, rampasan bernilai RM439,500 berkenaan adalah kes pertama di negeri itu pada tahun ini berhubung aktiviti berkenaan.

“Dalam pemeriksaan itu, seramai 14 kakitangan syarikat terbabit didapati sedang membuat panggilan terhadap pelanggan. Mereka gagal mengemukakan lesen aktiviti jualan langsung yang sah daripada KPDNKK.

“Siasatan mendapati syarikat itu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), namun operasi hanya membabitkan pembekalan kedua-dua jenis mesin terbabit.

“Mereka tidak dibenarkan menjalankan aktiviti jualan langsung dan aduan mengatakan beberapa pelanggan kerugian lebih RM400,000,” katanya.

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 6:20am
d