mutakhir

Jangan sampai tragedi berulang !

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menjalankan pemeriksaan di pusat pengajian dan pusat ibadat bukan Islam mulai bulan depan sebaik selesai memeriksa pusat tahfiz di seluruh negara.

Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, pemeriksaan fasa kedua itu tertumpu kepada premis pengajian dan pusat ibadat agama lain yang mempunyai kemudahan asrama.

“Kami akan memberi tumpuan kepada premis pengajian dan pusat ibadat pelbagai agama yang mempunyai ramai penghuni di seluruh negara.

“€œPerhatian akan diberikan kepada pusat dibina tanpa kebenaran pihak berkuasa termasuk di kawasan pedalaman. Ada juga pusat ibadat dibina di kawasan jauh dari jalan utama,” katany selepas merasmikan seminar keselamatan kebakaran di Klana Resort Seremban hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan itu bertujuan memastikan aspek keselamatan mengelak kebakaran dipatuhi.

Sebelum ini, JBPM memberi tumpuan terhadap pemeriksaan pusat tahfiz selepas menerima arahan kerajaan susulan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat, September lalu.

Melalui pemeriksaan dijalankan, JBPM mendapati 252 daripada 1,238 pusat tahfiz di seluruh negara tidak mematuhi standard keselamatan kebakaran.

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 1:16pm
d