mutakhir

Tayar pecah, jentera bomba terbalik

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

DUA anggota bomba cedera selepas jentera tangki air dipandu terbalik di bulatan Jalan Pedas Linggi dekat Institut Latihan Perindustrian (ILP) Pedas, Rembau, petang ini.

Dalam kejadian 6.50 petang itu, dua anggota terbabit hanya cedera ringan dan kemalangan tidak membabitkan kenderaan lain.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Rembau berkenaan dalam perjalanan pulang ke balai selepas mengisi minyak di stesen minyak berhampiran.

“Kejadian berlaku apabila tayar hadapan jentera berkenaan pecah menyebabkan hilang kawalan lalu terbalik.

“Bagaimanapun, dua anggota yang terbabit kemalangan itu hanya cedera ringan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: October 26, 2017 @ 9:08pm
d