mutakhir

Berkat wakaf...masjid terbina

Oleh Mohd Khidir Zakaria

MENTERI Besar Datuk Seri Mohamad Hasan merasmikan Masjid Kariah Linggi, Port Dickson, hari ini.

Masjid yang dibina pada Mac dan siap pada bulan lalu itu membabitkan kos sebanyak RM1.7 juta yang diperuntukkan kerajaan negeri.

Mohamad berkata, kerajaan negeri sudah membelanjakan sebanyak RM189 juta untuk pembinaan masjid di negeri ini, sejak 10 tahun lalu.

"Masjid itu didirikan di atas tanah yang diwakafkan penduduk di sini.

"Kerajaan negeri menyambut baik jika ada tanah yang mahu diwakafkan untuk tujuan murni itu," katanya ketika berucap merasmikan masjid berkenaan.

Beliau kemudian menunaikan solat Jumaat bersama penduduk di masjid itu dan meluangkan masa beramah mesra serta bersalaman dengan jemaah selepas selesai bersolat.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan Datuk Tun Hairudin Abu Bakar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi Datuk Abdul Rahman

Mohd Redza dan Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Nor Azamir Alias.

Masjid berkenaan dibina di kawasan seluas 1.5 hektar mampu memuatkan lebih 500 jemaah dalam satu masa.

Disiarkan pada: October 27, 2017 @ 5:31pm
d