mutakhir

Korban motosikal bertembung kereta

Oleh Rosli Ilham

PEMUDA maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan kereta di Kilometer 8 Jalan Ketengah Jaya-Batu Putih, Dungun, hari ini.

Dalam kejadian 3 petang itu, Mohamad Hanif Mustafar, 26, yang berasal dari Kampung Minda meninggal dunia di tempat kejadian selepas parah di kepala.

Mangsa yang menunggang sendirian dipercayai dari arah Ketengah Jaya sebelum terbabas dan masuk ke laluan kanan jalan.

Pada masa sama, kereta Perodua Viva yang dipandu Md Nazil Tawang, 38, gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mayat pemuda itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk proses bedah siasat.

Menurutnya, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: October 27, 2017 @ 9:53pm
d