mutakhir

Rewang, bantu 200 famili di Kota Belud

Oleh Mohd Nazllie Zainul

SEKURANG-KURANGNYA 200 keluarga mangsa banjir di Kota Belud menerima bantuan pelbagai barang keperluan dan makanan, hari ini.

Mereka menerima bantuan bernilai kira-kira RM40,000 itu menerusi Tabung Bencana New Straits Times Press (NSTP) Berhad-Media Prima.

Sumbangan disampaikan Staff Correspondent News Straits Times (NST), Sabah Kristy Inus, bersama sembilan Briged Sukarelawan NSTP-Media Prima, NSTP kepada Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran), Peter Jiton.

Briged Sukarelawan NSTP-Media Prima turut melakukan aktiviti gotong royong di Kampung Sembirai dan Kampung Linau bersama 200 sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) daerah Kota Belud, Kota Kinabalu, Kota Marudu dan Kudat.

“Kita turut mendapat kerjasama Giant bagi menjayakan misi bantuan ini,” katanya.

Sementara itu, Peter berkata, pihaknya berterima kasih kepada Media Prima atas sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir di daerah ini.

Disiarkan pada: October 28, 2017 @ 3:08pm
d