mutakhir

Lemas di Lobster Wall

Oleh Nasrawati Syarifuddin

PELANCONG China ditemui lemas ketika menyertai aktiviti menyelam di Lobster Wall, Pulau Mabul, Semporna, 3.14 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Peter Umbuas berkata, mangsa Yan Xin, 30, dikatakan menyelam bersama lima lagi pelancong di lokasi berkenaan.

"Mangsa datang ke Lobster Wall bersama lima pelancong lain dan melakukan aktiviti menyelam.

"Selepas 15 minit menyelam, seorang pelancong mendapati mangsa hilang dan cuba mencari di kawasan sekitar lokasi bersama isteri mangsa.

"Mangsa ditemui tidak lama selepas itu dan dua individu cuba memberi bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Peter berkata, mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Semporna bagi rawatan.

"Bagaimanapun doktor yang bertugas mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Disiarkan pada: October 28, 2017 @ 6:31pm
d