mutakhir

Sesat tiga jam

Oleh Mohd Hasbi Sidek

SEORANG lelaki yang tersesat lebih tiga jam di Bukit Saga, dekat Ampang, diselamatkan anggota bomba hari ini.

Lelaki berusia 25 tahun itu mendaki bukit berkenaan dari Taman Saga, Ampang, pada 4 petang, berseorangan dan tersesat sehingga ke Sungai Serai, dekat Hulu Langat.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakak mangsa memaklumkan adiknya tersesat di bukit berkenaan.

"Kami menerima panggilan jam 9.59 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi untuk operasi mencari mangsa.

"Bomba menemui lelaki berkenaan jam 12.57 tengah malam di laluan turun ke Sungai Serai dalam keadaan kepenatan, "katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke kaki bukit dekat Loji Air Sungai Serai dan tiba pada 1.30 pagi.

"Mangsa berjaya dibawa turun dalam keadaan selamat sebelum diserahkan kepada keluarganya," katanya.

Disiarkan pada: October 29, 2017 @ 12:28pm
d