mutakhir

PERODUA lancar kempen keselamatan jalan raya

Oleh Lizam Ridzuan

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) hari ini melancarkan kempen keselamatan jalan raya dalam usaha menggalakkan pemanduan berhemah.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, antara fokus utama kempen ialah kepentingan memakai tali pinggang keledar, tidak menggunakan telefon pintar ketika memandu, memberi lampu isyarat ketika membelok dan penggunaan kerusi bayi.

“Setiap pusat jualan dan servis PERODUA di seluruh negara akan mempromosi serta memperkenalkan kerusi bayi dengan ciri terkini untuk pelanggan," katanya ketika pelancaran kempen itu di Petaling Jaya, hari ini.

Kerusi bayi dan kanak-kanak itu dijual pada harga promosi bermula hari ini pada harga RM660 dan RM780.

Ia sesuai digunakan untuk bayi seberat sehingga 13 kilogram (kg) manakala kerusi kanak-kanak pula untuk usia sembilan bulan hingga 12 tahun.

Disiarkan pada: October 30, 2017 @ 5:10pm
d