mutakhir

Nak ambil jam punya hal

Oleh Mohd Hasbi Sidek

BANTUAN anggota bomba dan penyelamat diperlukan bagi mengeluarkan tangan murid tahun empat yang tersepit dalam lubang tandas di sebuah sekolah di Taman Datuk Harun, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, 11.30 pagi hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya terpaksa memecahkan mangkuk tandas untuk mengeluarkan tangan murid itu.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya bergegas ke lokasi sebelum memulakan operasi," katanya.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan mangsa cuba mengambil jam yang terjatuh sebelum tangannya tersepit.

"Pihak bomba menggunakan peralatan yang dibawa untuk memecahkan mangkuk tandas.

"Tangan mangsa dikeluarkan selepas kira-kira sejam dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Disiarkan pada: October 30, 2017 @ 5:20pm
d