mutakhir

Sepuluh cedera bas ekspres kemalangan [METROTV]

Oleh Nur Saliawati Salberi

SEPULUH termasuk lapan penumpang sebuah bas ekspres cedera selepas bas dinaiki terbabit dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 178, Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini, jam 9.30 pagi hari ini.

Kemalangan membabitkan bas persiaran, bas ekspres dan lori tangki.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, kesemua 10 mangsa, termasuk pemandu bas serta lori tangki, stabil dan kini dirawat di Hospital Jasin.

“Seorang daripada penumpang yang juga lelaki warga Bangladesh patah kaki.

“Hasil siasatan awal mendapati, bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Kuala Lumpur dipercayai gagal memotong lori tangki lalu bergesel sebelum terlanggar bas persiaran,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dilakukan dan polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi melengkapkan siasatan.

Disiarkan pada: October 31, 2017 @ 3:11pm
d