mutakhir

Ibu maut, ayah lemas, anak melecur [METROTV]

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

WARGA emas ditemui rentung dalam kebakaran rumah di Jalan Bengkok, Kampung Baru Buntong, Ipoh, pada 1.45 pagi, hari ini.

Lam Ah Hoo, 76, ditemui rentung di celah runtuhan bangunan manakala suaminya berusia 82 tahun sesak nafas.

Anak perempuan mereka yang berusia 51 tahun melecur lima peratus di belakang badan dan tengkuk.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, P Samasuvam, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.52 pagi.

“Mangsa yang melecur dan sesak nafas sudah keluar ketika anggota tiba di lokasi.

“Selesai pemadaman, mayat mangsa ditemui rentung di celah runtuhan bangunan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Samasuvam berkata, mangsa cedera dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan lanjut sebelum operasi ditamatkan 4.24 pagi.

Disiarkan pada: November 1, 2017 @ 8:19am
d