mutakhir

Wartawan HM menang Anugerah Kewartawanan Sri Sembilan

Oleh Khairul Najib Asarullah Khan

HARIAN Metro (HM) menerusi wartawan sambilan Abnor Hamizam Abdul Manap dipilih pemenang Anugerah Kewartawanan Sri Sembilan pada malam Anugerah Sastera dan Media Negeri Sembilan 2017 di Klana Resort, Seremban, malam ini.

Abnor menerima anugerah itu melalui laporan bertajuk Burung Hantu Jaga Ladang yang disiarkan menerusi ruangan Wajah Kehidupan sekali gus membolehkannya meraih wang tunai RM6,000, trofi dan sijil penyertaan.

Pada malam anugerah itu, The New Straits Times Press (NSTP) (Malaysia) Berhad menggondol empat daripada 13 anugerah yang dipertandingkan.

Selain itu, wartawan BH, Ifwan Tun Tuah, menerima Anugerah Rencana Cemerlang melalui laporan bertajuk Kelah Merah Diancam Kepupusan, RM500 Sekilo Gram Punca Spesies Diburu dan Jeram Berungut Jadi Santuari Elak Spesies Pupus.

Wartawan New Straits Times, Nur Aqidah Azizi menenangi Anugerah Wartawan Cemerlang Bahasa Inggeris menerusi laporan bertajuk ‘Sergeant Hassan a true Patriot’.

Jurufoto New Straits Times Press (NSTP), Hazreen Mohamad pula memenangi Anugerah Jurufoto Cemerlang.

Mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000, plak dan sijil.

Wartawan Sinar Harian, Khairulkheiza Mohd Najib memenangi Anugerah Wartawan Cemerlang Bahasa Melayu; Koh See Peng dari Nanyang Siang Pau (Bahasa Cina); K Mariappan dari Tamil Nesan (Bahasa Tamil).

Wartawan RTM, Farhana Nabillah Zakaria memenangi Anugerah Wartawan TV Cemerlang; Siti Zainab Abdul Shukor dari RTM (Anugerah Wartawan Radio Cemerlang); Abdul Rahman Ibrahim dari RTM (Anugerah Jurukamera TV Cemerlang); Nur Natasha Aida Ismail dari BERNAMA (Anugerah Media Portal Berita) dan Sarban Singh dari The Star (Anugerah Rencana Pembangunan Negeri).

Keterangan gambar

Disiarkan pada: November 2, 2017 @ 12:43am
d