mutakhir

Selesaikan masalah komunikasi dan penggunaan bahasa

Oleh Hazril Md Nor

Garena akan menyelesaikan masalah komunikasi dan penggunaan bahasa yang menjadi isu bagi sesetengah pemain permainan mudah alih Arena of Valor (AOV) susulan aduan yang diterima di laman Facebook mereka.

Berdasarkan aduan itu, sesetengah pemain mengadu sukar untuk bermain dengan beberapa pemain dari negara lain yang enggan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Permainan mudah alih itu boleh dimuat turun di tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Filipina.

"Selepas berbincang dengan pembangun 'game' ini, kami akan mengubah sistem 'matchmaking' bagi menempatkan pemain dari negara yang sama dalam satu pasukan.

"Kami percaya pendekatan ini mampu meningkatkan tahap komunikasi dan kerjasama memandangkan ia antara faktor utama untuk memenangi perlawanan," katanya.

Permainan mudah alih AOV itu dibangunkan oleh Tencent Games dan dikendalikan sepenuhnya oleh Garena.

AOV mendapat lebih 500,000 muat turun di Playstore dan Appstore dan menjadi fenomena selepas permainan serupa, Mobile Legends menarik ramai pengguna yang tertarik dengan konsep itu.

Ia menampilkan lebih 35 karakter yang terdiri daripada pelbagai peranan berbeza. Pemain mengawal satu karakter untuk bertarung di tiga laluan berlainan.

Disiarkan pada: November 2, 2017 @ 11:36pm
d