mutakhir

Guru kreatif cetus minat STEM

Oleh HM Digital

Serdang: Guru perlu kreatif dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas bagi mewujudkan generasi muda meminati bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) sekali gus merealisasikan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukri berkata, pendidikan STEM membentuk pemikiran kritis dan inovasi berikutan bidang itu diiktiraf sebagai teras utama pembangunan negara dengan peratusan pelajar yang cenderung kepada bidang STEM nisbah 60:40.

“Guru yang kreatif dapat menggalakkan murid celik Sains dan membolehkan pembentukan pemikiran inovasi di peringkat sekolah rendah.

“Pentingnya guru untuk kreatif bukan saja terhad di dalam kelas atau luar dapat mendorong minat murid untuk mempelajari Matematik dan Sains yang menjadi pengetahuan asas pendidikan STEM,” katanya selepas merasmikan Pesta Sains dan Kejuruteraan Kuala Lumpur 2017 (KLESF 2017), di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), di sini, semalam.

Disiarkan pada: November 4, 2017 @ 8:26am
d