mutakhir

Bomba selamatkan kucing atas pokok

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

ANGGOTA bomba selamatkan kucing yang terperangkap di pokok kelapa sawit setinggi kira kira empat meter di Parit 11, Pasir Panjang, Sekinchan, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan Mohd Khairul Anuar Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.11 petang daripada pemilik haiwan berkenaan yang memaklumkan mengenai kejadian itu.

"Sebuah jentera dan van EMRS dengan lapan anggota ke lokasi dan anggota mengambil masa 10 minit menurunkan haiwan itu," katanya.

Menurutnya, anggota menggunakan tangga bagi menyelamatkan kucing berkenaan yang dipercayai sudah beberapa jam di atas pokok itu.

"Kucing berkenaan tidak agresif dan anggota mudah menangkapnya meskipun berpaut di pelepah kepala sawit.

"Kucing itu berjaya dibawa turun dan diserahkan semula kepada pemiliknya yang turut berada di lokasi," katanya.

Disiarkan pada: November 4, 2017 @ 11:33pm
d