mutakhir

Orang awam bantu padam api

Oleh HM Digital

Kota Bharu: Tindakan pantas orang awam dan pasukan bomba menyelamatkan kedai cermin mata daripada musnah dalam kebakaran di dapur premis itu di Jalan Tok Hakim, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, dapur premis terbabit musnah 20 peratus. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pegawai Operasi Che Mazlan Mohamed dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 9.40 pagi sebelum sembilan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Difahamkan kejadian awal disedari pekerja yang mahu membuka premis itu.

“Ketika sampai kami dapati penapis air
di bahagian dapur kedai
itu terbakar dan orang awam memadamkan api dengan pemadam api sebelum kami mengambil alih mengawal api daripada terus merebak,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam..

Disiarkan pada: November 5, 2017 @ 7:07am
d