mutakhir

Amaran hujan lebat berterusan

Oleh Mahaizura Abd Malik

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan serta angin kencang peringkat jingga di Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar) sepanjang hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataannya turut mengeluarkan amaran hujan berterusan serta angin kencang peringkat kuning di Kelantan dan Terengganu.

Selain itu, amaran ribut petir, hujan dan angin kencang yang diramal berlaku hingga petang ini juga dikeluarkan kepada beberapa daerah di Perak iaitu Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datoh, Hilir Perak, Muallim dan Batang Padang.

Amaran sama turut dikeluarkan kepada Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Klang dan Hulu Langat), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta Pahang (Cameron Highlands, Lipis, Raub dan Bentong).

Amaran berkenaan juga merangkumi bahagian Mukah di Sarawak yang dijangka berterusan hinggapetang ini.

Disiarkan pada: November 5, 2017 @ 2:37pm
d