mutakhir

Lebih 6,000 terputus elektrik

Oleh Hadzlihady Hassan

SERAMAI 6, 372 pengguna di Pulau Pinang terputus bekalan elektrik berikutan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan operasi 45 pencawang sebagai langkah keselamatan berikutan banjir yang melanda negeri itu.

Jurucakap TNB Careline berkata, sehingga 7 malam tadi, 45 pencawang dihentikan bekalan atas faktor keselamatan.

Menurutnya, ada 28 pusat pemindahan banjir yang diberikan bekalan elektrik sepenuhnya dan 21 set janakuasa disediakan bagi memastikan bekalan elektrik di lokasi penting tidak mengalami gangguan serius.

“Kerja-kerja pemasangan akan dilakukan untuk memulihkan bekalan elektrik selepas keadaan selamat,”katanya.

Difahamkan, antara lokasi terjejas ialah di sekitar Kepala Batas, Bukit Mertajam, Gelugor, Jelutong, Seberang Jaya dan Tanjung Bungah.

Disiarkan pada: November 5, 2017 @ 10:26pm
d