mutakhir

Niat murni JDT

Oleh Mohd Sabran Md Sani

KELAB Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan pemain pasukan berkenaan membuat keputusan memberikan duit kemenangan Piala Malaysia untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Perkara berkenaan diumumkan Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim melalui laman Facebook (FB) Johor Southern Tigers mengenai bantuan yang terkandung dalam polisi pasukan itu.

"Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan.

"(Sumbangan) sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah," katanya menerusi FB JST.

Katanya, banyak bantuan yang sudah diberikan kepada kerajaan negeri.

"JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan pemain membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang," katanya.

Disiarkan pada: November 7, 2017 @ 10:25am
d