mutakhir

Selangor pula banjir

Oleh Faliq Lajim

BEBERAPA kawasan di Klang dan Shah Alam dinaiki air antara 0.1 hingga satu meter pagi ini selepas hujan lebat 5 pagi tadi.

Di Klang antara kawasan terbabit adalah di Bandar Bukit Raja, Taman Rasah, berhampiran Plaza Tol Sungai Rasah, Taman Klang Utama dan Kampung Sungai Pinang.

Manakala di Shah Alam kawasan yang dinaiki adalah di Taman Bukit Kemuning dan Kampung Bukit Naga di Seksyen 32.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul berkata, terdapat sebuah lori terperangkap di Bandar Bukit Raja pagi tadi namun pemandu dan kelindannya berusia 43 dan 58 tahun keluar dengan selamat.

"Ketika ini beberapa jalan di sekitar Bandar Bukit Raja dan Sungai Rasah ditutup berikutan dinaiki air kira-kira satu meter namun semakin surut.

"Tiada pemindahan dilakukan setakat ini," katanya.

Beliau berkata, kawasan Taman Bukit Kemuning dan Kampung Bukit Naga dinaiki air pada paras betis.

Katanya, ada beberapa rumah dimasuki air tetapi tidak serius dan tiada pemindahan.

Disiarkan pada: November 7, 2017 @ 10:56am
d