mutakhir

Harga petrol, diesel naik

Oleh HM Digital

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik tujuh, enam dan tiga sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik tujuh sen kepada RM2.31 seliter.

Sementara itu, RON97 naik enam sen kepada RM2.60 seliter dan diesel naik tiga sen kepada RM2.20 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 9 November hingga 15 November ini.

Disiarkan pada: November 8, 2017 @ 6:07pm
d