mutakhir

Latihan persediaan PRU-14 mula hari ini

Oleh HM Digital

Kangar: Latihan persediaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bermula hari ini hingga Sabtu ini secara serentak di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, latihan membabitkan lima fasa iaitu fasa pengumuman (sekarang), penamaan calon, tempoh berkempen, hari pengundian dan selepas mengundi itu bakal membabitkan semua pegawai dan anggota termasuk dari unit udara dan laut.

“Mulai jam 9 pagi esok (hari ini) eksesais PRU-14 dimulakan di seluruh negara dan ini satu pengumuman penting yang saya mahu beritahu kepada media.

“Kita mulakan latihan fasa pertama latihan ketenteraman awam sebagai persediaan menghadapi pilihan raya selama tiga hari berturut-turut,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Taklimat PRU-14 bersama Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias, ketua polis daerah dan jabatan di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, semalam.

Disiarkan pada: November 9, 2017 @ 9:50am
d