mutakhir

Jumlah mangsa banjir menurun

Oleh Shamsul Munir Safini

SEHINGGA 12 tengah hari ini, 2,670 mangsa daripada 688 keluarga ditempatkan di 23 pusat penempatan sementara (PPS) di dua daerah di Pulau Pinang.

Jumlah itu menurun berbanding 3,213 mangsa banjir daripada 802 keluarga pagi tadi.

Di daerah Seberang Perai Tengah, 664 mangsa daripada 209 keluarga ditempatkan di lapan PPS.

Manakala di Seberang Perai Utara, 15 PPS masih dibuka dan menempatkan 2,006 mangsa daripada 479 keluarga.

Keadaan banjir semakin surut di semua kawasan.

Usaha kini tertumpu kepada pembersihan rumah atau kawasan yang ditemggelami banjir dengan beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan turun menghulurkan bantuan.

Disiarkan pada: November 9, 2017 @ 1:48pm
d