mutakhir

Harapan ayah...

Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

“Saya mahukan semua anak berjaya dalam pelajaran,” kata Detektif Sarjan Mejar Zainee Zakaria yang juga Penyelia Detektif Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai berkenaan kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran.

Anak keempatnya, Intan Azurin Zainee, 23, graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, menerima Anugerah Siswazah Cemerlang Kelas Pertama disampaikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di Klana Resort, Seremban, semalam.

“Anak kedua pula, Nur Farah, 27 akan menyambung pengajian Doktor Falsah (PHD) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor. Dia akan mengikuti jurusan Bio Sains Tumbuhan Laut dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu Intan Azurin berkata, dia bersyukur kerana menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Korporat (Kepujian) dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.9.

"Alhamdulillah, saya bersyukur dengan anugerah diterima dan ia hadiah untuk orang tua," katanya yang bercita-cita bergelar pensyarah.

Dia yang kini mengikuti pengajian Sarjana bagi jurusan sama dan di universiti yang sama, mahu menyambung pengajian di peringkat tertinggi, sekaligus memenuhi keinginan orang tuanya.

Disiarkan pada: November 9, 2017 @ 8:48pm
d