mutakhir

Terengganu hantar bantuan

Oleh Nazdy Harun

SERAMAI 230 Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (SSTTB) dikerahkan untuk membantu mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat berkata, SSTTB kini mempunyai seramai 3,200 ahli yang boleh digerakkan pada bila-bila masa bagi membantu kawasan yang terbabit dalam bencana.

Menurutnya, bantuan di Pulau Pinang dikoordinasikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan mengetuai operasi tertumpu di kawasan Balik Pulau, Permatang Pauh dan Tasik Gelugor.

"Bantuan pasca banjir ini akan memfokuskan kerja membersih kawasan awam seperti balai raya, sekolah dan rumah ibadat namun ia bergantung kepada logistik yang dibawa.

"Sukarelawan SSTTB mempunyai kemahiran menjalankan operasi membabitkan bencana dan kemanusiaan kerana mereka terlatih serta berpengalaman membantu mangsa banjir di negeri ini dan Kelantan dua tahun lalu.

"Pasukan ini juga akan dihantar menyertai misi kemanusiaan ke Rohingya dalam masa terdekat," katanya pada sidang media sebelum pelepasan SSTTB ke Pulau Pinang, di Dataran Austin, Kuala Nerus hari ini.

Disiarkan pada: November 9, 2017 @ 9:48pm
d