mutakhir

Pengawal keselamatan keji

Oleh Nabihah Kamal

KAMERA litar tertutup (CCTV) membongkar kerja jahat pengawal keselamatan yang mencabul budak perempuan di kondominium di Taman Connaught, Selasa lalu.

Dalam kejadian 10 malam, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mengadu diraba pada bahagian kemaluan oleh pengawal keselamatan warga asing yang bekerja di kondominium berkenaan, menyebabkan ibunya berang.

Menurut sumber, wanita berusia 46 tahun itu mengamuk sebelum memeriksa CCTV di bilik pengawal di kondominium terbabit.

"Selepas dia lihat sendiri kejadian itu melalui CCTV, wanita itu bersama seorang lagi rakan setugas pengawal keselamatan itu 'memburu' lelaki berkenaan di kawasan rumahnya.

"Wanita itu menjumpai pengawal keselamatan yang sedang melakukan rondaan dan menampar lelaki terbabit kerana tidak dapat menahan kemarahan," katanya.

Menurutnya selepas ditampar, pengawal keselamatan itu melarikan diri.

"Bagaimanapun, rakannya sendiri menahannya dan membawanya ke balai polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Disiarkan pada: November 9, 2017 @ 10:13pm
d