mutakhir

300 pelajar terkandas jambatan tenggelam kali ke-24

Oleh HM Digital

Gua Musang: Lebih 300 pelajar dari sekitar Kampung Pulau Setelu terkandas selepas jambatan sementara kampung itu ditenggelami air buat kali ke-24, semalam.

Jambatan menghubungkan Jalan Gua Musang-Jeli itu ditutup kepada semua kenderaan selepas Sungai Nenggiri naik mendadak jam 6.30 pagi berikutan hujan lebat petang kelmarin.

Pelajar dan murid yang berulang-alik ke Sekolah Kebangsaan (SK) Star dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Bendahara, Jerek dengan menggunakan jambatan itu terpaksa menyeberang sungai dengan bot.

Penduduk, Samat Abdullah, 51, berkata sejak awal bulan ini, sudah dua kali jambatan sementara ini ditenggelami air.

“Anak saya terpaksa menyeberang sungai menggunakan bot dan lewat tiba di sekolah kerana terpaksa menunggu giliran menaiki bot,” katanya.

Disiarkan pada: November 10, 2017 @ 9:05am
d