mutakhir

Tiada bom dalam kotak

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

ORANG awam gempar dengan penemuan kotak misteri yang didakwa mengandungi bom di pusat beli belah di Jalan Kerinchi, Pantai Dalam berhampiran Resident Kerinchi, Kuala Lumpur, kira-kira 11 malam tadi.

Bagaimanapun, pemeriksaan pihak polis mendapati kotak berkenaan adalah kotak biasa yang tidak mengandungi sebarang letupan.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung penemuan kotak itu yang diletakkan di dalam pusat beli belah berkenaan dalam keadaan mencurigakan.

“Sebaik menerima laporan itu, sepasukan unit pemusnah bom dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kotak itu tidak mengandungi sebarang bahan letupan sebelum ia dibawa keluar dari premis terbabit,” katanya.

Katanya, kotak itu kemudian dimusnahkan oleh unit pemusnah bom mengikut prosedur biasa dijalankan pihak polis apabila menerima laporan berhubung bahan letupan.

Disiarkan pada: November 10, 2017 @ 10:35am
d