mutakhir

Harian Metro terima penghargaan

Oleh HM Digital

Putrajaya: Harian Metro antara 10 pengamal media menerima penghargaan dalam Majlis Makan Malam Penghargaan Malaysian Pavilion Ekspo 2017 anjuran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, di sini, malam tadi.

Anugerah itu disampaikan Menteri Tenaga Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili kepada wartawan Mohamad Hussin sebagai tanda penghargaan pembabitan media sepanjang ekspo berlangsung di Astana, Kazakhtan bermula Jun hingga September lalu.

Menurut Dr Maximus, Pavilion Malaysia berjaya mencapai pelbagai kejayaan dan anugerah sepanjang ekspo berlangsung antaranya Anugerah Pengiktirafan Terhormat bagi Interpritasi Tema Terbaik oleh sebuah majalah antarabangsa.

“Pengiktirafan tertinggi diterima itu turut meletakkan pencapaian Pavilion Malaysia pada tahap setaraf wakil United Kingdom, Jerman, Switzerland mahupun Qatar.

“Malah Pavilion Malaysia antara 10 pempamer terbaik dan menerima kunjungan lebih 682,591 pelawat berbanding sasaran KPI seramai 200,000.

“Selain itu, satu lagi kejayaan penting iaitu mencipta peluang pelaburan bernilai RM12.67 bilion menerusi 14 memorandum perniagaan ditandatangani berbanding sasaran awal iaitu RM1 billion.

“Semua ini berjaya dicapai membabitkan kerjasama semua kementerian, agensi kerajaan mahupun korporat serta pihak media sepanjang ekspo berlangsung,” katanya.

Disiarkan pada: November 10, 2017 @ 11:41am
d