mutakhir

Kampung Sungai Serai, Hulu Langat dilanda banjir kilat [METROTV]

Oleh Nabihah Kamal 

KAMPUNG Sungai Serai, Hulu Langat, dilanda banjir kilat dengan air naik hingga paras pinggang, hari ini. 

Hujan lebat  sejak 3.30 petang menyebabkan  berlakunya banjir kilat itu, malah sehingga 10.30 malam ini, hujan belum berhenti. 

Penduduk Kampung Sungai Serai, Yusni Yusoff, 46, berkata, dia bersama ahli keluarganya terpaksa bermalam di Sekolah Rendah Sungai Serai. 

Katanya, sehingga malam ini air sudah naik hingga ke paras pinggang. 

”Saya terpaksa alihkan semua barang ke tempat tinggi  kerana sejak petang tadi air sudah naik hingga ke paras lutut. 

“Sehingga sekarang hujan masih tidak berhenti menyebabkan saya sekeluarga mengambil keputusan berpindah ke kawasan yang tinggi dan selamat iaitu di sekolah," katanya. 

Menurutnya, kali terakhir kawasan rumahnya dinaiki air pada Jun lalu. 

“Harap banjir kali ini tidak seteruk pada bulan Ramadan lalu kerana air naik hingga paras dada," katanya. 

Disiarkan pada: November 10, 2017 @ 11:38pm
d