mutakhir

Dua PPS dibuka

Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

SERAMAI 324 mangsa banjir kilat daripada 73 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Serai dan Kompleks Penghulu Batu 10, Cheras, daerah Hulu Langat.

Setakat 7.30 pagi hari ini, seramai 247 mangsa daripada 68 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan SK Sungai Serai, membabitkan 122 perempuan dan 125 lelaki.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor berkata, 77 mangsa daripada 15 keluarga ditempatkan di Kompleks Penghulu Batu 10, Cheras.

Menurutnya, pusat pemindahan ini dibuka malam tadi dan mangsa diarahkan berpindah selepas kawasan rumah dilanda banjir kilat dan tiada tanda air surut.

“Bagaimanapun, air mula surut pagi ini dan sekiranya keadaan benar-benar selamat, mangsa akan dibenarkan pulang,” katanya.

Hujan lebat pada 4 petang semalam menyebabkan beberapa kawasan di Hulu Langat dilanda banjir kilat iaitu Kampung Sungai Tekali Batu 14 Hulu Langat Kampung Pasir; Kampung Sungai Pening Hulu ;Kampung Sungai Tekali dan Kampung Seri Nanding.

Disiarkan pada: November 11, 2017 @ 10:12am
d