mutakhir

Ramai dah pulang

Oleh Mohd Sabran Md Sani

HANYA sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi bagi menempatkan dua keluarga membabitkan empat mangsa banjir di Balai Raya, Kampung Lepau, Pengerang, Kota Tinggi hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, tiga PPS ditutup membabitkan Dewan Serbaguna Blok 18, Kampung Paya Kenangan, Sekolah Kebangsaan Batu 10, Skudai dan Balairaya Kampung Sungai Tiram.

"Dua PPS Dewan Serbaguna Blok 18, Kampung Paya Kenangan ditutup pada 9.40 malam tadi, manakala PPS Sekolah Kebangsaan Batu 10, pada 8 pagi ini.

"Manakala Balairaya Kampung Sungai Tiram yang dibuka 7 petang semalam ditutup pada 8.30 pagi ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: November 11, 2017 @ 10:30am
d