mutakhir

Bukit Keplu tertawan

Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin

SEKUMPULAN pendaki berjaya menawan puncak Bukit Keplu dalam Program Mendaki Gua Kerbau dan Bukit Keplu 2017, hari ini.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Kubang Pasu, Saifulnizam Mahmud berkata, program itu adalah usaha pihaknya membantu mempromosikan Gua Kerbau sebagai destinasi pelancongan di daerah Kubang Pasu.

"Program julung kali ini mendapat kerjasama daripada Pengakap Daerah Kubang Pasu dan Majlis Daerah Kubang Pasu,

"Menariknya, pihak pengakap turut memasang 30 buaian atau lebih dikenali ‘hammock’ di sekitar gua bagi peserta bersantai selepas mendaki hampir satu jam," katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, beliau amat berharap agensi yang berkaitan dapat menaik taraf kemudahan di situ kerana Gua Kerbau mempunyai potensi yang besar sebagai lokasi pelancongan rekreasi.

Disiarkan pada: November 11, 2017 @ 9:22pm
d