mutakhir

Memang bernasib baik!

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

TIGA lelaki nyaris maut sejurus kereta dinaiki mereka dihempap pokok tumbang di Kilometer 7.9, Jalan Genting di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang semalam, semua mangsa berusia 30-an itu dikatakan berjaya menyelamatkan diri dengan keluar dari dalam kenderaan berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 7.06 petang.

“Seramai enam anggota bomba bersama satu jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati pokok tumbang menghempap bahagian depan kereta model Hyundai Elantra dinaiki mangsa,” katanya.

Menurutnya, ketiga-tiga mangsa sempat menyelamatkan diri dengan keluar dari kereta mengalami sebarang kecederaan.

“Kami mengambil masa kurang 30 minit untuk mengalihkan pokok berkenaan yang menghalang laluan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Disiarkan pada: November 12, 2017 @ 9:03pm
d