mutakhir

Guru maut kemalangan

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

GURU lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Terusan Utama Parit Empat, Sungai Besar, hari ini.

Dalam kejadian 7 pagi itu, Khairul Anuar Salim, 30, yang memandu kereta dalam perjalanan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sungai Besar sebelum hilang kawalan dan terbabas ke laluan kiri.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, mangsa yang berasal dari Tampin, Negeri Sembilan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

"Mangsa yang memandu berseorangan maut akibat parah di kepala.

"Mayat mangsa dibawa ke HTAJ untuk bedah siasat," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Jenazah arwah dibawa pulang ke kampungnya di Tampin Jaya, Tampin untuk dikebumikan.

Disiarkan pada: November 13, 2017 @ 2:47pm
d