mutakhir

Nak menyorok mana lagi? [METROTV]

Oleh Ibrahim Isa

POLIS Kulai sudah mengenal pasti lokasi persembunyian tiga lelaki Bangladesh termasuk dalang utama kes ibu melacurkan dua anak kandungnya kepada warga asing.

Tiga lelaki Bangladesh termasuk teman lelaki ibu tunggal berkenaan, dikatakan bersembunyi di Johor dan beberapa negeri lain sejak hampir lapan tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai Superintendan Razak Md Said berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tempat persembunyian mereka dan memaklumkan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri berkaitan untuk mengambil tindakan.

Katanya, dalam masa sama pihaknya memaklumkan beberapa agensi kerajaan lain bagi memastikan semua lelaki Bangladesh lingkungan 30-an itu tidak boleh keluar dari negara ini sama ada menerusi jalan sah atau haram.

“Insya-Allah kami yakin dapat memberkas mereka dalam tempoh terdekat.

"Suspek mempunyai permit kerja sah dan kami bukan saja mengenal pasti identiti mereka, malah tempat persembunyian terkini mereka.

"Kami yakin mereka akan ditahan dalam tempoh terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai di sini, hari ini.

Pagi tadi, wanita berusia 39 tahun yang melacurkan dua anaknya dijatuhkan hukuman penjara 75 tahun oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru selepas suspek mengaku bersalah atas 10 pertuduhan.

Suspek didakwa lima pertuduhan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun dari segi seks dengan melacurkan mangsa.

Lima pertuduhan lain adalah penganiayaan sama kepada kanak-kanak berusia 10 tahun, kedua-dua mangsa adalah anaknya.

Ibu tunggal itu dikatakan melacurkan dua anaknya itu sejak Oktober lalu di sebuah hotel di Larkin Perdana dengan bayaran RM50 dan mangsa akan menerima bayaran antara RM1, RM5, RM10 dna RM20.

Kegiatan itu terbongkar apabila remaja perempuan tidak hadir ke sekolah selama 18 hari dan pada masa sama pengurusan sekolah menerima mesej mengatakan mangsa dilacurkan kepada warga asing.

Pengurusan membuat laporan polis sebelum sepasukan polis menahan suspek dan dua anaknya di rumah mereka di Taman Bintang, Senai, pada 25 Oktober lalu.

Berita berkaitan

Ibu durjana dijel 75 tahun [METROTV]

Lelaki Bangladesh durjana diburu

Dah 8 ditahan

Kenapa begitu keji

Disiarkan pada: November 13, 2017 @ 6:15pm
d