mutakhir

Sesak nafas terkedu dipenjara 32 bulan [METROTV]

Oleh HM Digital

Melaka: Seorang penganggur mengalami sesak nafas secara tiba-tiba selepas dijatuhi hukuman penjara 32 bulan terhadap dua pertuduhan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh, Abdul Rani Md Sarif, 56, sebelum itu didakwa atas kesalahan menawarkan barang lelongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sebenarnya tidak wujud dan menyamar sebagai pegawai kanan polis, sembilan tahun lalu.

Abdul Rani mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan itu di depan Majistret Norina Maludin.

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Rani didakwa menipu seorang wanita berusia 29 tahun dengan menawarkan telefon bimbit Nokia N95 tidak wujud sehingga menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM200.

Bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa menipu mangsa sama dengan menyamar sebagai pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Melaka sehingga mendorong mangsa mempercayai tawaran barang lelongan berkenaan.

Disiarkan pada: November 15, 2017 @ 6:34am
d