mutakhir

SUV hangus

Oleh Rosliza Mohamed

KENDERAAN utiliti sukan (SUV) terbakar 90 peratus dalam di Kampung Kubang Kiat, Bunut Susu, Pasir Mas, 7 pagi hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Nazri A Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.08 pagi.

Katanya, lapan anggota bersama satu jentera diketuaiKomander Operasi Pegawai Kanan II Adnan Mohd Juri dikejarkan ke lokasi bagi memadamkan kenderaan itu.

"Ketika tiba di lokasi kejadian, kita dapati kenderaan sedang terbakar dan pemilik kenderaan tiada di lokasi kejadian.

"Kita berjaya memadamkan api dalam tempoh setengah jam," katanya di Pasir Mas, hari ini.

Menurutnya, jumlah kerugian masih dalam siasatan.

" Kes kenderaan yang terbakar itu juga dalam siasatan pihak polis," katanya.

Disiarkan pada: November 15, 2017 @ 3:10pm
d