mutakhir

Harga petrol, diesel naik

Oleh HM Digital

HARGA runcit bagi petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik tujuh, enam dan lima sen bermula 12.01 tengah malam ini hingga Rabu depan.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 naik tujuh sen daripada RM2.31 kepada RM2.38 seliter.

Sementara itu, RON97 naik enam sen daripada RM2.60 kepada RM2.66 seliter dan diesel naik lima sen daripada RM2.20 kepada RM2.25 seliter.

Harga bahan api itu berkuat kuasa dari 16 November hingga 22 November ini.

Disiarkan pada: November 15, 2017 @ 6:05pm
d