mutakhir

Serpihan singki tusuk paha budak lelaki

Oleh HM Digital

Kuala Lumpur: Tindakan seorang kanak-kanak lelaki bergayut pada tombol pintu dan singki di rumahnya di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Setapak di sini, menyebabkan dia cedera di bahagian paha kiri, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, mangsa yang berusia tujuh tahun cedera selepas singki berkenaan terjatuh sebelum serpihannya mengenai paha kirinya.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 4.24 petang sebelum tiga anggota dihantar ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami pendarahan sebelum anggota bertugas membalut luka mangsa.

“Difahamkan ketika kejadian kanak-kanak itu dikatakan bergayut pada tombol pintu bilik air dan singki berkenaan menyebabkan ia terjatuh sebelum sepihannya mengenai paha kirinya,” katanya.

Katanya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: November 16, 2017 @ 4:25am
d