mutakhir

Berjalan lancar

Oleh Muhamaad Razis Ismail

MAJLIS Himpunan Kesyukuran dan Solat Hajat Perdana anjuran PAS Kelantan yangdihadiri lebih 2,000orang di pekarangan bangunan Wisma Tok Guru, Salor di Kota Bharu hari ini berjalan lancar tanpa provokasi.

Program bermula jam 7 malam itu, dimulakan dengan solat maghrib berjemaah disusuli dengan solat isyak, solat hajat dan ceramah.

Sehingga kini, program masih berlangsung dengan beberapa pimpinan PAS menyampaikan ceramah.

Hadir sama, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS Mohd Amar Nik Abdullah.

Isu pertikaian Wisma Tok Guru timbul selepas PAS Kelantan membeli tanah di premis itu dan mengeluarkan notis kepada Parti Amanah Negara (PAN) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa supaya mengosongkan tanah itu sehingga 12 November lalu.

Bagaimanapun, Husam dilaporkan enggan berbuat demikian selepas tamat tempoh notis terbabit.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini menolak permohonan injunksi dikemukakan Husam terhadap pemilik tanah yang menempatkan bangunan Wisma Tok Guru.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bacheselepas mengambil kira keterangan Husam selaku plaintif dan defendan yang juga Setiausaha Kerja PAS Kelantan, Mohd Yasin Yusoff, melalui peguam masing-masing.

Disiarkan pada: November 16, 2017 @ 10:51pm
d