mutakhir

Ekonomi negara berkembang [METROTV]

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

EKONOMI Malaysia terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan apabila Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 6.2 peratus pada suku ketiga 2017, disokong oleh permintaan dalam negeri dan eksport yang baik.

Prestasi cemerlang itu adalah pertumbuhan suku tahun tertinggi dicatatkan sejak suku kedua 2014, sekali gus mengatasi unjuran purata penganalisis dan ahli ekonomi.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata, pertumbuhan ekonomi negara terus dipacu oleh permintaan dalam negeri, terutama perbelanjaan sektor swasta.

Katanya, dari segi penawaran, kesemua sektor ekonomi mencatat pertumbuhan yang menyeluruh manakala inflasi keseluruhan menurun kepada 3.8 peratus disebabkan inflasi pengangkutan yang lebih rendah.

"Berdasarkan petunjuk yang positif, ekonomi Malaysia dijangka mencatat pertumbuhan lebih tinggi pada tahun ini seperti diunjurkan sekitar 5.2 hingga 5.7 peratus," katanya pada sidang media pengumuman Prestasi Ekonomi Suku Ketiga 2017 di Kuala Lumpur, hari ini.

Disiarkan pada: November 17, 2017 @ 1:50pm
d