mutakhir

Kedai lama terbakar [METROTV]

Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

DERETAN 10 kedai lama di persimpangan Jalan Tanjung Laboh, Batu Pahat, Johor, terbakar dalam kebakaran, pagi tadi.

Kejadian kira-kira 7 pagi itu turut mengakibatkan kesesakan jalan raya beberapa kilometer ketika kebakaran.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat Mohd Fauzi Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.04 pagi dan sebaik tiba di lokasi kejadian, api marak membakar empat daripada 10 kedai itu yang mana empat kedai itu musnah 100 peratus.

“œSatu daripada kedai terbakar 70 peratus dan mengalami kerosakan, manakala lima yang lain berjaya diselamatkan namun mengalami kerosakan kecil.

“€œKebakaran berjaya dikawal dalam masa 30 minit, namun punca sebenar kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan lanjut.

“€œKebakaran merebak dengan cepat akibat struktur bangunan yang dibina keseluruhannya daripada kayu, selain dindingnya dibina dengan kaedah ‘party wall’€™, namun tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,”€ katanya yang kemudian menamatkan operasi pemadaman pada 11.30 pagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat Superintendan K S Mender Singh berkata, hasil siasatan mendapati 10 unit kedai lama itu dibina daripada bahan batu-bata, berbumbung kayu dan beratap zink.

“Deretan kedai ini adalah unit kedai yang sudah lama dan usang, namun masih diguna pakai sehingga kini.

“€œUnit kedai yang terbabit terdiri daripada kedai aksesori kereta, stor buah-buahan, kedai roti, bengkel ekzos, kedai fotokopi, kedai masakan Cina dan dua kedai makan Melayu serta yang dijadikan kediaman,”€ katanya.

Siasatan awal kebakaran kemungkinan disebabkan litar pintas kerana pendawaian elektrik yang sudah lama.

Disiarkan pada: November 17, 2017 @ 3:58pm
d