mutakhir

Najib ziarah Anwar di hospital

Oleh BERNAMA

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menerima rawatan selepas menjalani pembedahan pada Ahad lalu di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Saya melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Kuala Lumpur hari ini (semalam). Beliau baru selesai jalani pembedahan beberapa hari lalu. Semoga beliau cepat pulih,” kata Perdana Menteri dalam laman Twitter and Facebooknya.

Najib turut memuat naik gambar beliau bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan isteri Anwar Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika melawat bekas ketua pembangkang itu.

Pada 22 September lalu, Anwar yang dirawat untuk masalah kesihatannya di HKL, terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan dari hospital berkenaan ke Penjara Sungai Buloh.

Anwar dilaporkan menjalani pembedahan artroskopi susulan kecederaan di bahu kanannya, Ahad lalu.

Disiarkan pada: November 18, 2017 @ 2:53am
d