mutakhir

Mayat mangsa pertama ditemui

Oleh DJ Dolasoh

MAYAT seorang daripada dua mangsa dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki karam di Sungai Kampung Kelantan dekat Lenggong semalam ditemui 10.10 pagi, hari ini

Ketua Bomba dan Penyelamat Lenggong, Mohd Annuar Mohd Saff berkata, mayat Amirul Asyraff Abdullah, 24, ditemui pasukan mencari dan menyelamat kira-kira lima meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Katanya, sembilan anggotanya dengan menggunakan dua bot dibantu dua anggota polis serta dua bot daripada enam penduduk menggunakan teknik pusaran air utuk mencari mangsa.

"Selepas 10 minit membuat teknik pusaran air, mayat Amirul Asyraf timbul di permukaan air di Suak Rimau Kampung Kelantan berhampiran bot yang ditemui," katanya ketika ditemui di lokasi Jeti Tasik Raban di Lenggong, hari ini.

Mayat mangsa pertama itu dibawa ke Jeti Tasik Raban dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Mohd Annuar berkata, pihaknya masih meneruskan pencarian seorang lagi mangsa iaitu Muhammad Faliq Fadzil, 26, di kawasan sama.

Berita berkaitan:

Dua pemancing dikhuatiri lemas

Disiarkan pada: November 19, 2017 @ 12:10pm
d