mutakhir

Telefon pintar rekod aktiviti pengajaran

Oleh Helmy Abd Rahman

TERENGGANU menjadi negeri perintis di negara ini memperkenalkan Rancangan Pengajaran Harian Secara Elektronik/Online (eRPH) dalam kalangan guru sekolah rendah dan menengah.

Pengarah Pendidikan negeri Shafruddin Ali Hussin berkata, eRPH akan dimulakan secara rasmi dalam sesi persekolahan tahun depan di 173 sekolah yang mempunyai capaian Internet 4G membabitkan kira-kira 10,000 guru.

"Sistem ini dibangunkan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Terengganu atas permintaan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

"Menerusi eRPH, guru hanya perlu gunakan telefon pintar untuk merekodkan aktiviti pengajaran harian, bukan lagi buku log untuk diperiksa dan disahkan guru besar serta pengetua selain pemeriksaan oleh nazir," katanya selepas merasmikan Anugerah Pembestarian Sekolah 2017 di Dewan Besar Bahagian Teknologi Pendidikan negeri di Marang, semalam.

Menurutnya, eRPH menggabungkan elemen teknologi digital berasaskan Virtual Learning Environment Frog (VLE) dengan menggunakan peranti altitude dan pelan data dua gigabyte sebulan yang dibekalkan kepada guru.

"Kita sasarkan semua 505 sekolah akan menggunakan sistem ini menjelang 2020," katanya.

Disiarkan pada: November 19, 2017 @ 7:48pm
d