mutakhir

'Hang pi mana...'

Oleh Zuliaty Zulkiffli

BAHAGIAN Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang giat mengesan lelaki, Shukor Md Noor, 36, untuk membantu siasatan kes dadah di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Fadzil Hashim berkata, berdasarkan alamat terkini lelaki itu, dia dipercayai menetap di 18A 25-8-1 Taman Sri Damai Batu Lancang, 11600 Georgetown, Pulau Pinang.

Sehubungan itu, pihaknya meminta lelaki itu tampil ke IPD Pendang dengan segera untuk membantu siasatan berkaitan laporan PENDANG RPT:4292/15.

"Dia (Shukor) juga boleh berhubung dengan Sarjan Mohd Fadzli Fitri Jamaludian di talian 04-7596222 atau terus datang ke IPD Pendang untuk membantu siasatan.

"Ia berkaitan dengan kes dadah mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.

Disiarkan pada: November 19, 2017 @ 8:12pm
d