mutakhir

Cabaran berkayak tujuh anak Malaysia diiktiraf MBOR

Oleh HM Digital

Putrajaya: Cabaran berkayak oleh tujuh anak Malaysia di sepanjang Sungai Nil, sepanjang 200 kilometer (km) bermula 11 hingga 15 November lalu diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Ekspedisi Pertama di Sungai Nil Secara Berkumpulan.

Sijil MBOR berkenaan disampaikan wakilnya, Nurasyikin Ramli kepada jurulatih pasukan, Muhamad Nur Azrul Che Zabani, sebaik pasukan itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

Majlis pengiktirafan itu turut disaksikan Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles.

Ketua ekspedisi, Mohd Haniff Muhamad Zain berkata, pihaknya berdepan pelbagai cabaran termasuk pengalaman berkayak dalam cuaca terlampau sejuk dan panas serta berhadapan pusaran air di sepanjang Sungai Nil, Mesir.

Menurutnya, cuaca yang terlampau sejuk mencecah 10 darjah Celsius pada sebelah pagi, panas pada suhu 34 darjah Celsius pada tengah hari dan kembali sejuk pada sebelah petang menyebabkan peserta ekspedisi sentiasa berusaha menyesuaikan diri sepanjang berkayak.

Disiarkan pada: November 20, 2017 @ 11:08am
d